eBook Tips Penjagaan Komputer untuk rakan2 yang baru hendak berjinak-jinak dengan komputer . Penjagaan yang berkala dapat memanjangkan jangka hayat komputer anda .
Bagaimana anda ingin mengubah kelajuan Mozilla Firefox anda. Berikut merupakan langkah-langkahnya iaitu dengan menggubah Firefox Pipeline atau HTTP Pipelining.....
- Buka Firefox anda dan tulis about:config pada address bar.....
- Tulis pada Filter network.http.pipelining.maxrequests dan setkan nilai (Value) integer kepada 40. Ini bermakna Browser anda akan menghantar 40 permintaan (Request) kepada Server secara serentak.....
- Tulis pada Filter network.http.pipelining dan setkan nilai (Value) kepada true dengan menekan double klik.....
- Buat langkah yang sama pada network.http.proxy.pipelining.....
- Select pada mana-mana setting yang ada dan klik kanan , pilih “New” diikuti dengan “Integer” dan sekarang akan keluar Pop-up Box yang meminta anda meletakkan “Preference Name”. Tulis di situ nglayout.initialpaint.delay dan tetapkan nilainya(Value) 0. Ini memberitahu kepada Browser Firefox anda untuk bertindakbalas secepat yang mungkin terhadap maklumat yang diterima dari Server.....
- Tutup Firefox anda dan bukanya semula
dan sekarang anda boleh melihat perubahannya apabila anda melayari laman web.....